Ketahuilah orang-orang yang selama ini terhijab dengan perkara yang telah ditakdirkan olehNya... sesungguhnya kau tidak menyedari apa yang telah kau katakan kerana hati kau terlalu buta untuk melihat hakikat yang tersembunyi. Bisikan-bisikan iblis telah merasuk keseluruh pembuluh darah kau kerana kau terlalu lupa akan janji-janjiNya.
Kau menyalahkan orang lain menzalimi diri kau, sedangkan kaulah yang menzalimi diri kau sendiri. Kau telah menelan racun-racun dusta dan kau juga telah memaksa orang lain menelan racun-racun dusta itu juga.
Sebanyak mana kau berkata-kata (fitnah), sebanyak itulah kau akan dihitung kelak. Sebanyak mana kau cuba menyembunyikan kebenaran... sebanyak itulah kebodohan kau akan kelihatan kelak.
Manusia yang angkuh, riak dan takbur. Kau menceritakan perihal orang lain untuk menutup kelemahan dan dosa-dosa yang kau sendiri pernah lakukan. Apakah kau masih tidak sedar, sesungguhnya Allah sedang memberi peringatan kepada kau yang sedang songsang hati?
Kau mengatakan yang kau cukup redha dengan ketentuan Allah terhadap diri kau... tapi hakikatnya, kau tidak memahami akan pengertian redha itu. Allah berfirman : "Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kamu ke jalan redha lagi diredhai." Jika hati kau sedang busuk dengan dendam dan amarah yang membabi buta.. maka kau bukanlah seorang yang mempunyai hati yang tenang.. Mustahil kau memiliki makna redha dan diredhai itu, selagi hati kau dipenuhi sampah-sampah.
Kau terlalu bongkak kerana kau merasakan yang kau akan selalu mendapat perkara yang lebih baik atas apa yang telah terjadi. Tanpa kau berfikir kenapa perkara itu terjadi ke atas diri kau sendiri dan tanpa kau sedar orang lain yang wajar mendapat perkara baik itu.
Hitung saja hari-hari, kebenaran hanya pada yang hak... dan pada yang salah, satu persatu hukumanNya akan mendatangi kau. Percayalah, doa orang-orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan oleh Allah. Hanya tunggu dan lihat jika kau masih menzalimi kepada orang yang sedang tunduk dan sujud kepada DIA.
Maha Suci Allah... Dia yang menjadikan sesuatu itu tanpa dengan sia-sia.
Nov 13, 2009
Nov 2, 2009
"DEMI MASA"
kepada pembaca blog ini. aku ingin menyatakan bahawa aku bukannya seorang guru, jauh sekali seorang ulama.. terlalu rendah martabat aku untuk mengangkat diri setinggi itu. aku cuma seorang hamba, pencalit warna dan pemegang kamera.
apa yang tertulis dalam blog ini hanyalah untuk dikongsikan kerana kita tidak maksum, kita selalu terlupa dan selalu terleka.
ini adalah pendekatan aku untuk menyatakan seni kerana kita terlalu kagum dengan karya-karya dan karangan-karangan buatan manusia... dan jarang sekali kita menghayati pengisian firmanNya.. Pemilik Mutlak ilmu seni itu.
carilah seni itu dicelah-celah kejadianNya. baru kita akan memahami makna 'seni itu indah'
apa yang tertulis dalam blog ini hanyalah untuk dikongsikan kerana kita tidak maksum, kita selalu terlupa dan selalu terleka.
ini adalah pendekatan aku untuk menyatakan seni kerana kita terlalu kagum dengan karya-karya dan karangan-karangan buatan manusia... dan jarang sekali kita menghayati pengisian firmanNya.. Pemilik Mutlak ilmu seni itu.
carilah seni itu dicelah-celah kejadianNya. baru kita akan memahami makna 'seni itu indah'
bicara bulan dan matahari

baru-baru ini (di sekitar kuantan), kita kagum dengan cahaya bulan yg dilingkari biasan. dan dari dulu sampai sekarang pun kita akan teruja dengan cahaya bulan yang terang benderang.. sehinggalah kita memuja dan memuji bulan kerana cantiknya ia ketika malam.

diwaktu siang, kita mengeluh, panasnya hari.. panasnya bahang matahari. tanpa kita sedar atau mungkin kita terlupa, cantiknya bulan diwaktu malam tu adalah pembalikan cahaya matahari yang kita keluhkan.. ibarat kata pepatah.. lembu punya lemak, sapi dapat nama. kenapa kita tidak memuja dan memuji matahari yang melampiaskan cahayanya pada bulan? tanpa matahari, tiadalah warna yang terzahir lagi. hitam dan pekat gelap.
itu bicara bulan dan matahari.. bagaimana pula kita (sesuatu yang dicipta) dengan Pecipta Yang Mutlak itu? kita terlalu banyak memuja dan memuji seseorang lebih dari haknya.. tanpa kita sedar, martabat orang yang dipuja dan dipuji itu hanya dipinjamkan seperti kita juga. kenapa tidak secara langsung kita memuja dan memuji Pemiliknya?
semua pembaca, penulis, pelukis, jurugambar, pereka grafik, pelajar, guru atau pensyarah dan semua manusia.. segala ilmu, kepandaian, kepakaran, intelektual atau bijaksana, kemahiran dan semua yang ada pada kita... bukan milik kita yang mutlak.. segalanya hanya dipinjamkan sementara untuk kita menghayati, memahami dan mempercayai kebenaran PEMILIK YANG AGUNG.
Subscribe to:
Posts (Atom)